LIFE IS TOO SHORT



“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

Wednesday, 30 May 2012

Brokeup..??come on Guys Girls wake up !!!

Hai Assalamualaikum..

Sememangnya jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi kita pernah mendengar bahawa peluang tidak datang bergolek, begitu juga dengan jodoh. Berdoa juga adalah satu usaha, jadi berdoalah kepada-Nya moga dipertemukan dengan lelaki yang baik dan soleh. Ingat! Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, bukannya lelaki yang hensem untuk perempuan yang cantik dan sebaliknya.Jangan berasa rendah diri, ingatlah ye segala yang diciptakan Tuhan adalah cantik. Jika inginkan jodoh yang baik, perbaikilah diri kita, muhasabahlah diri, hentikan perkara yang dilarang-Nya dan kerjakan segala perintah-Nya selagi pintu taubat masih terbuka luas.I'm also trying ke arah itu..

Below some tips for those yang brokeup ke and whatever jelah ^_^


1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.
2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah -  anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.
3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.
4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.
5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.
6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.
7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah and also guys. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.

MESTI KORANG DAH PENAH TGK CITER "SYURGA CINTA" RIGHT...SO READ THIS!!

 JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.



   


sincerely syazaR =)

exam mood..

Hai Assalamualaikum..

Well macam biasa kedebaran makin terasa bila exam makin mendekat and menjelma terutamanya for those yang ambil degree.For me aku jenis baca buku last-last minit esok nak exam hari ni baru aku buka buku untuk korang jangan tiru gaya aku..:D musnah result korang nanti !! hewhew..

My mum and especially myfamily lahh always support aku.. time nak exam tu before masuk dewan baca doa and langkah kaki kanan nak amik berkat kott..tabiat aku before nak buka question paper tu baca pape yg ptut so maybe la kuar soalan yang senang-senang..kadang-kadang tu adalah jugak segala yang aku spot tu keluar but sometimes i'm felt lil bit disapointed uhukk..btw i'm try my best if semua boleh jawab tu eventhough banyak hentam kira ok laa tu kannn..

 Yang ini sumber-sumber doa yang boleh kita praktikkan ye..Good Luck !!

Doa Hari Peperiksaan

Doa ketika masuk dewan peperiksaan

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

Doa Menerima Kertas Soalan

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

Doa ketika sukar menjawab soalan

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

Doa Jika Anda Terlupa Jawapan


Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku"


Salam kejayaan untuk anda~
              SyazaR =)

Saturday, 19 May 2012

sweet#

As salam..

When i dengar je this song rasa sweet sangat..enjoy this!!
depends kat korang kalau da rasa bosan :)
sambil buat assignment apa ke nak jiwang jiwang jap ke boley je layan.. jom.. jom..

sincerely syaza :p

Sunday, 13 May 2012

aja aja fighting!!!

Assalamualaikum..

btw today i'm hepi
study study study
exam mood
rasa excited tgk org konvo kat u tadi
semangat terus nak study hard study smart
doakan saya
may Allah bless us =)
insyaAllah 2014 turn saya pulak konvo :)
wishing me best of luck
Amin..
                                                                                                                                    sincerely syaza =)