LIFE IS TOO SHORT



“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

Friday, 27 September 2013

ALLAH LOVES US

Assalamualaikum....

Tepat jam 1.30 pagi, terdetik untuk menaip di diari  soal hati yang sentiasa perlu dimanjai disuap dibelai dengan santapan rohani agar kita tidak lupa hidup didunia ini hanya sementara, perlukan bekalan untuk akhirat. Kadang-kadang hati kita rasa kosong, itu petanda Allah rindukan kita. rindu kita mengadu kepadanya, rindu suara hambaNya..sayu rasa hati mengenangkan dosa-dosa kita yang makin bertambah, pahala juga entah kemana. Aku terlalu banyak dosa, kadang lupa Dia. hanyut dalam lakonan dunia. Ya Allah..terima kasih kerana sedarkan aku. dulu aku lupa. moga Allah jaga aku. moga Dia bimbing aku. ingatkan aku. Nak istiqamah bukan senang, banyak juga dugaan. Moga Allah kasih kepadaku. Pengalaman mengajar kita. Pesanan untuk semua jangan mudah termakan dengan pujuk rayu manusia, kuatkan hati, cintailah yang halal. InsyaAllah Allah dah simpan untuk kita. Kita doa juga usaha kearah jalan yang halal.
Ada sebab kenapa dan mengapa Allah menguji kita. There is meaning in all things. sabar jalan terbaik.


It isn’t a coincidence that prayer was commanded right after the year of sadness. The prayer was the greatest comfort.- Yasmin Mogahed