Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana diatas limpah kurniaNya kita dapat bertemu lagi. Sehubungan dengan itu, niat aku rajin beblog ini adalah kerana tahap kebosananku sudah sampai ketahap yang amat kritikal dan perlu bertemu dengan doktor pakar secepat mungkin. Pada zaman sekolah menengahku aku adalah salah seorang pelajar yang cemerlang dalam bahasa melayu, ini adalah kerana aku orang melayu :') tetapi bukan mudah orang melayu untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam bahasa melayu. ok sudah straight to the point. senanya....ramai orang bertanyakan kepadaku apakah maksud senanya.. senanya adalah bahasa untuk orang melayu macam aku menggunakannya dalam sms dek kerana malas menaip perkataan yang pantas untuknya, apa aku merepek nih* lantas maksudnya sama sahaja dengan sebenarnya=senanya.
Baiklah balik kepada topik utama iaitu REUNION, dek kerana sekarang masih mood cuti iaitu cuti sem. pada tanggal 12 FEB 2013 yang lalu. kami iaitu group ex smdk yang dihadiri oleh rakan-rakan kelas telah mengadakan reunion oleh kerana tahap kerinduan antara kami yang amat dahsyat hingga kami tidak sabar untuk bertemu antara satu sama lain. Setibanya kami di taman tasik taiping kami dapat bertemu dan dapat melihat perubahan masing-masing. Contohnya rakanku yang sudah mempunyai suami, sudah bertunang dan tidak lupa juga aku yang berjaya membesarkan badan hingga ada segelintir yang terkejut melihatku. HUHU
![]() |
| di Bukit Merah |
![]() |
| sebahagian sahabatku tercinta |
![]() |
| keindahan disini |
Tahukan anda, jika anda lihat gambar yang dipapar diatas.. perasaanku ketika ini sangatlah gundah gulana melihat jauh kebawah dek kerana aku sangatlah takut kepada ketinggian. Disebabkan naik menatang ini je paling murah dekat bukit merah ini jadi aku memberanikan diri untuk mencuba hewhew... tatkala aku sedang menghitung masa kerana benda ni bergerak sangatla lembab dan aku tidak sabar untuk menjejak tanah yang suci lagi murni, pada masa yang sama aku terlupa aku pakai kain/skirt ketika ini dan berdoa makhluk-makhluk yang asyik bermandi-manda itu tidak pandang keatas HAHAHA dan alhamdulillah sepanjang aku dilangit yang tinggi makhluk-makhluk dibawah tidak cuba-cuba memandang diatas (aku rasala..) harap anda paham maksudku ini.Jadi sahabat sekalian jika anda mahu cuba aksi ini anda dinasihatkan untuk memakai seluar. Kesimpulannya sepanjang aku bersama mereka terasa sangat bahagia dan terubat rasa rindu ini yang selama ini hanyaku pendam. next time insyaAllah bakal ada reunion lagi. much much love u guys muah..
LOVE,
SYAZA





