LIFE IS TOO SHORT



“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

Thursday, 29 November 2012

Awak.. Awak.. Awak..

Salam awk.. aishh malu pulak kite heee

Awk nak tak kalau love after marriage..alaaa nak la awk halal lagi tu love2 bagai nie pas kahwin kannn
senanyekannn...


♥ Saya rasa awak suka saya,
♥ Saya pun rasa saya suka awak,
♥ Tapi saya taknak kita jadi macam orang lain,
♥ Saya nak berkat Allah,
♥ Biarlah awak fikir saya sombong taknak layan awak,
♥ Biarlah apa pun orang nak cakap,
♥ Cuma kalau satu hari nanti awak rasa saya layak jadi ibu kepada anak awak,
♥ Jumpalah mak ayah saya,
♥ Saya rasa awak suka saya, Kita bercinta lepas nikah……………………. (N_N)

:♥:INDAHNYA CINTA SEBEGINI:♥:
:♥: MENUJU CINTA ILAHI:♥:

Memanglah mak ayah restu kita couple before kahwin, tapi kan awk ALLAH restu ke?? cer awk fikir2kan..
awak jagala hati awk,jangan sebab mmber2 awk ada gf awk pun nak jugak.sabarla awak jaga iman tu, jangan sebab sunyi awak nak cple jugakk,xsweetlahh couple before kahwin nih kann.. janganla sunyi awak2 tak sunyilahh.. Allah kan ada, Dia dah tentukan dah apa yang terbaik untuk awak2 just tunggu je okayy.. doa jangan lupa.. doa untuk kita jugak jangan cpat putus asa. Be silent lover, jangan ragu2.. kalau rindu ke sayang ke mengadu je kat Allah..InsyaAllah kalau ada jodoh tak kemana. :)

“BUAT KAUM ADAM,JIKA SUDAH SEDIA NIKAHI SAHAJA PERMAISURIMU”
♥ CINTA LEPAS NIKAH INDAH ♥ (^_^)…

                                                              SINCERELY SYAZA

"COUPLE" yang halal

Salam sayang sahabat sekalian...

Firstly, kehadiran patik hanyalah untuk membuat satu karangan tentang cinta, iaitu cinta yang halal. Guys if u all sure sgt yang u all suke sgt dekat sorg gadis tu why dont u propose her and then get married.Kalau nak sure lagi buatlah solat istikharah, buatla selalu janganla sekali je, insyaAllah nanti Allah permudahkan hidup kite. Tahukah anda sangatlah berdosa kalau si lelaki mahukan sseorg perempuan dengan niat nak main2kan perasaan dia. Just nak share kahwin adalah jalan penyelesaiannya,boleh dating2,pepegang tgn,tgk wayang,romantik2 cenggitu lahh :) . For me yang betol2 MAN je akan buat mcm tu,bkan sekadar cakap je nak kahwin dengan kita tapi ada usaha nak kearah tu, jangan risau pasal rezeki nt pas kahwin surelah rezeki tu dtg, benda baikkan mesti Allah tolong kita, rezeki bukan sekadar harta je macam2 jenis ada. Kahwin dengan cara sederhana je lagi berkat. So, future husband jangan risau about this i tak banyak songeh bab kahwin cukuplah secara sederhana, janji we get married n then kita dah halal kan =)

Indah sangat bila semua dah halal buat kita..cewahhhh clas kau maria!! Kalau sayang saya bacalah sekadar pengetahuan senanye.          

                                                                    NIKAH KHITBAH


“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi).
Cinta tu fitrah,
Cinta tu indah.
Dan lagi indahnya cinta itu,
Bila ‘i love you
Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah!
Sebenarnya,tak salah untuk kita kahwin awal atau kahwin muda. Malah Perkahwinan itu suatu ibadah , sesuatu yang indah .Dan cantiknya cinta itu bila kita menikah dahulu disebabkan rasa sayang dan hormat kita pada pasangan kita, kerana kita bimbang jika cinta kita dan pasangan kita itu boleh menyebakan dosa dan maksiat .Inilah yang baru dinamakan cinta!
Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud apabila pasngan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu panggil ia sebagai ‘nikah gantung’ .Nikah khitbah ni sebenarnya macam tiket untuk betul-betul ber’couple’ dan bercinta dengan pasangan kita.Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam.
‘Couple’ lain semua bercinta
Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah
‘Couple’ lain berpegangan tangan dan ianya berdosa
Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah.
Seonok kan??
“Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu.” (An-Nisa’: 1).
Oleh itu, bagi anda yang sedang bercinta atau mencintai seseorang . Hormatilah pasangan anda dan janganlah kalian melakukakan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.Atau jika anda dan pasangan anda saling mencinta , jagalah hati dan ambillah langkah seperti ‘nikah khitbah’ ini.Dengan nikah khitbah ini, bolehlah kita menjadi ‘couple’ dengan romantik dan halal.
Indah kan?
Semoga Allah menganugerahkan saya dan awak cinta yang paling indah , halal dan berkekalan sampai jannah.Alhamdulillah :)

SINCERELY SYAZA :)

Wednesday, 28 November 2012

sabarlah duhai hati

Assalamualaikum kanak2 sekalian =)

Cer senyum sikit kan comel tu haah....akak kat sini nak cite sikit je, akak nak bagitahu apa yang Allah plan dekat kita itulah yang terbaik. Kadang kita terpikir knp apa yang kita nak selalu tak dapat, itulah ujian Allah nak bagi dekat kita, Allah kan sayang kita, Dia rindu kat kita nak dengar kita mengadu dekat Dia kann.
Tapikan selagi tak dapat akak nak pesan selalulah berdoa,jangan putus asa..insyaAllah ada jalannye nanti Allah akan permudahkan kerja kita,nanti dah senang jangan lupa Dia pulak ye tau3...

adik2 akak tahu cinta itu fitrah,kadang kita suka kat orang tu sangat..biasalah tu suka,sayang all this feeling biasalah.Kalau akak suka kat orang tu akak admire je tak nak sampai jatuh cinta . akak berdoa moga akak jumpa jodoh akak nanti insyaAllah :)
nah akak bagi ayat2 cinta nie dekat adik2 sekalian.selamat membaca dan tersenyum :)




♥ kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH..
♥ kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG..
♥ kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama yang lain juga, ALLAH yang BERI..
♥ kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN..
♥ kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA..
♥ kita BERJAUHAN untuk mencapai REHDA-NYA juga, DIA yang rancang..
♥ kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing-masing juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita…

Dan ketahuilah adik2sekalian, sama ada hubungan kita akan BERKEKALAN sehingga ke SYURGA atau TERPUTUS di TENGAH JALAN juga ALLAH yang akan tentukan..
Andai kamulah jodoh yang di tetapkan ALLAH di luh mahfuz untuk saya.. INSYAALLAH kita akan BERSATU dengan ikatan pernikahan juga walau di pisah dengan jarak dan masa.. Amin..~♥~


salam sayang
SYAZA =)

"AKU"

segala statement/soalan Ini girlfriend i bagi dekat facebook,saya rindu dia sangat2..so kte jawab selagi mampu ye sayang,just for you mmuaaachhhh3...i love u!!! more to tentang aku senanya.

1) Nama penuh anda ?
NORSYAZATUL RAMLI

2) 5perkara tentang diri anda
-pemalu(yeke)
-banyak cakap,ske buat bising senanye
-ske makan
-tgk ayu tapi senanye pangai aishhh nauzubillah huhu (mak titew n kwn titew slalu ckp mcm ni)
-cara jalan perghhh org ckp mcm jantan :D

3) 5things yg anda nak tapi belum dapat
-camera dslr xkisah nikon/canon je len xmo
-myown car
-new hp, kte minat samsung je skrg nie
-kitchen yg cantik nt kte minx kat husband kte sbb nt kan kte nak msk sedap2 utk dye hewhew
-husband HAHAHA

4)bila tarikh first couple?
kte lpela..dulu mak kte mrh cple2

5)feveret kaler anda
-pink
-hitam
-putih
-purple
-turquoise

6) tema kahwin nt kaler apa
kene deal ngn future husbnd dulu tapi kte nak kaler pink slow ngn putih

7) nama future husband anda
ishhh kte mne ada calon lagi awk, mak ckp nak carikan tapi kte xcye sbb smpai skrg xde lagi..so sambil tu kte pun carila sendiri tapi xde jugakk eeii ..hewhew

8) anda rasa anda comel
comel la jugakk, hot pun ada.. kdg2 tu cantik pun ada kahkahkah(perasan sudah sebati dalam hidup)

9) umur sekarang 
sweet cute miut 20 =)

10) ciri laki idaman anda
emm banyak nt kte update post len wakaka, tapi kte nak perbaiki diri kte dulu repair mne2 yg patut..nak jadi wanita solehah ehemmm hihihi


to be continued...

salam sayang
Syaza ^-^


Wednesday, 14 November 2012

La Tahzan ^_^

Assalamualaikum...




♥ DIA BUKAN JODOHKU ♥

Ya Allah,
andai cinta itu milik kami,
biar apa jua dugaannya,
kami mohon agar diberi kekuatan dariMu,
untuk mengharunginya.

Ya Allah,
andai cinta itu bukan lagi milik kami,
biar seberapa kali kami cuba pertahankan,
kami mohon agar diberi kekuatan dariMu,
untuk menerima segala takdirMu yang indah ini...
____________________________________________

Andai suatu detik,
apabila Allah menjauhkan dan memisahkan kamu,
dari insan yang kamu terlalu cintai,
maka ucapkanlah,
"Allah Maha Mengetahui, DIA BUKAN JODOHKU"
terimalah dengan hati yang tenang dan terbuka,
redhalah dengan ketentuan takdir dariNya,
kerana milik Allah jualah segala cinta yang ada di dunia...


love syaza :')

Monday, 12 November 2012

iMan ku

:::: IMAN YANG LEMAH : TANDA-TANDA, SEBAB & PENAWARNYA::::

Tanda-tanda kelemahan iman :

1- Melakukan maksiat dan perkara-perkara yang haram.

2- Merasa hatinya keras.

3- Tidak melakukan ibadat dengan baik; fikiran melayang ketika sedang solat, baca al-Quran, berdoa dsb.

4- Bermalas-malasan untuk melakukan ibadat dan ketaatan serta tidak mengambil berat waktu-waktu yang disunatkan utk menunaikan sesuatu ibadat dan tidak peduli untuk menambahkan pahalanya. Cth : Puasa Isnin & Khamis, qiyamullail, solat sunat dhuha, solat sunat rawatib dsb.

5- Hatinya terasa sempit.

6- Tidak terkesan dengan ayat al-Quran.

7- Lalai dari mengingati Allah dalam zikir dan doanya.

8- Tidak merasa marah dengan diri sendiri apabila melakukan perkara yang haram dan tidak baik.

9- Suka menunjuk-nunjuk dan memuji-muji diri sendiri.

10- Kedekut untuk mengeluarkan sedekah.

11- Dia berkata sesuatu yang dia tidak lakukan. Ini adalah salah satu bentuk nifaq.

12- Suka jika saudara Islamnya ditimpa musibah atau kehilangan suatu nikmat.

13- Apabila dia hendak melakukan sesuatu perkara, dia hanya akan melihat adakah perkara berdosa atau tidak. Jika tidak berdosa maka dia akan lakukan walaupun ianya makruh. Tiada sikap berhati-hati dan wara’ (menjauhi perkara syubhat) dalam beragama.

14- Memperkecil-kecilkan perbuatan yang baik.

15- Tidak mengambil berat masalah umat Islam.

16- Tidak merasa tanggungjawab untuk berkhidmat kepada Islam.

17- Terlerainya persaudaraan dengan rakan-rakannya.

18- Merasa cemas dan takut jika ditimpa musibah.

19- Banyak berdebat dengan tujuan yang tidak ikhlas kerana Allah.

20- Terikat dengan dunia dan merasa tenang dengannya sehinggakan dia terasa sakit bila kehilangan sesuatu dari bahagian dunianya.

21- Tiada tanda-tanda keimanan padanya dan dia hanya bercakap menggunakan akal dan meninggalkan Kalam Allah, Sunnah Nabi shallallahu ‘alayhi wasallam- dan salaf al-soleh.


MENGAPA IMAN SESEORANG ITU BOLEH MENJADI LEMAH?

1- Jauh dari contoh tauladan yang baik.

2- Jauh dari menuntut ilmu agama.

3- Dia berada di kalangan orang-orang yang berbuat maksiat.

4- Jauh dari suasana keimanan untuk tempoh waktu yang lama.

5- Sentiasa sibuk dengan dunia sehingga hatinya menjadi hamba kepada dunia.

6- Sentiasa sibuk dengan harta, anak dan isteri.

7- Panjang angan-angan.

8- Berlebih-lebihan dalam makan, tidur, bercakap, pergaulan dan berjaga malam (tanpa tujuan yang syar’ie).


PENAWAR UNTUK IMAN YANG LEMAH..

1- Meneliti ayat-ayat al-Quran.

2- Berusaha untuk merasakan keagungan Allah.

3- Menuntut ilmu agama.

4- Sentiasa melazimi majlis-majlis yang mengingati Allah.

5- Sentiasa memperbanyakkan amalan-amalan soleh dan mengisi waktu dengannya; sentiasa berlumba-lumba melakukan kebaikan, berterusan melakukannya, bersungguh-sungguh, berusaha memelihara hati dari merasa jemu.

6- Mempelbagaikan ibadat.

7- Sentiasa takutkan pengakhiran hidup yang tidak baik.

8- Banyak mengingati mati.

9- Sentiasa mengingat hari akhirat.

10- Berkomunikasi dengan tanda-tanda kekuasaan Allah yang ada pada alam semesta.

11- Sentiasa zikir mengingati Allah.

12- Bermunajat kepada Allah dan merasa hina di hadapanNya.

13- Memendekkan angan-angan.

14- Sentiasa berfikir bahawa dunia ini hina.

15- Mengagungkan hak-hak Allah.

16- Mencintai orang mukmin dan berlepas diri dari orang kafir.

17- Sentiasa merendahkan diri (tawadhu’)

18- Sentiasa muhasabah diri.

19- Antara sebab paling kuat untuk mengubati iman yang lemah ialah DOA.

-Diterjemah daripada : al-Munajjid. Muhammad bin Soleh, Zahirat Dha’f al-Iman (al-Qahirah : Maktabat al-Safa, 2000M/1421H).

Tuesday, 6 November 2012

Assalamualaikum saudara saudari.... =)


Sekadar Renungan Untuk Wanita

Wahai Wanita Solehah
Jangan risau akan jodohmu
Kerana Muslimin yang bijaksana itu
Tidak akan terpaut pada wanita
Hanya kepada kecantikan , lirikan senyuman,
Pada bicara manja yang menggoda
Atau pada pujuk rayu seorang wanita
Yang meruntuhkan imannya. 


Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita
Andai belum sampai jodohmu
Anggaplah bahawa lelaki yang engkau nantikan itu
Sedang membina sahsiah kepimpinan
Bagi memimpin dirimu
Kerana pada wanita itu
Pasti ada kekurangan dan
Lelaki yang benar-benar layak
Pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu…


Salam sayang
syaza...