LIFE IS TOO SHORT



“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

Thursday, 29 November 2012

"COUPLE" yang halal

Salam sayang sahabat sekalian...

Firstly, kehadiran patik hanyalah untuk membuat satu karangan tentang cinta, iaitu cinta yang halal. Guys if u all sure sgt yang u all suke sgt dekat sorg gadis tu why dont u propose her and then get married.Kalau nak sure lagi buatlah solat istikharah, buatla selalu janganla sekali je, insyaAllah nanti Allah permudahkan hidup kite. Tahukah anda sangatlah berdosa kalau si lelaki mahukan sseorg perempuan dengan niat nak main2kan perasaan dia. Just nak share kahwin adalah jalan penyelesaiannya,boleh dating2,pepegang tgn,tgk wayang,romantik2 cenggitu lahh :) . For me yang betol2 MAN je akan buat mcm tu,bkan sekadar cakap je nak kahwin dengan kita tapi ada usaha nak kearah tu, jangan risau pasal rezeki nt pas kahwin surelah rezeki tu dtg, benda baikkan mesti Allah tolong kita, rezeki bukan sekadar harta je macam2 jenis ada. Kahwin dengan cara sederhana je lagi berkat. So, future husband jangan risau about this i tak banyak songeh bab kahwin cukuplah secara sederhana, janji we get married n then kita dah halal kan =)

Indah sangat bila semua dah halal buat kita..cewahhhh clas kau maria!! Kalau sayang saya bacalah sekadar pengetahuan senanye.          

                                                                    NIKAH KHITBAH


“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi).
Cinta tu fitrah,
Cinta tu indah.
Dan lagi indahnya cinta itu,
Bila ‘i love you
Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah!
Sebenarnya,tak salah untuk kita kahwin awal atau kahwin muda. Malah Perkahwinan itu suatu ibadah , sesuatu yang indah .Dan cantiknya cinta itu bila kita menikah dahulu disebabkan rasa sayang dan hormat kita pada pasangan kita, kerana kita bimbang jika cinta kita dan pasangan kita itu boleh menyebakan dosa dan maksiat .Inilah yang baru dinamakan cinta!
Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud apabila pasngan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu panggil ia sebagai ‘nikah gantung’ .Nikah khitbah ni sebenarnya macam tiket untuk betul-betul ber’couple’ dan bercinta dengan pasangan kita.Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam.
‘Couple’ lain semua bercinta
Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah
‘Couple’ lain berpegangan tangan dan ianya berdosa
Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah.
Seonok kan??
“Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu.” (An-Nisa’: 1).
Oleh itu, bagi anda yang sedang bercinta atau mencintai seseorang . Hormatilah pasangan anda dan janganlah kalian melakukakan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.Atau jika anda dan pasangan anda saling mencinta , jagalah hati dan ambillah langkah seperti ‘nikah khitbah’ ini.Dengan nikah khitbah ini, bolehlah kita menjadi ‘couple’ dengan romantik dan halal.
Indah kan?
Semoga Allah menganugerahkan saya dan awak cinta yang paling indah , halal dan berkekalan sampai jannah.Alhamdulillah :)

SINCERELY SYAZA :)

No comments:

Post a Comment